Thursday, November 15, 2012

21 Cara Ubah Gaya Hidup Elak Kanser!!



1-MAKAN MAKANAN YANG BOLEH MENINGKATKAN SISTEM IMUN

Secara umumnya, makanlah banyak sayuran, buahan, dan bijiran yang selamat. (Selamat ini bermaksud yang kurang penggunaan racun perosak dan baja kimia). Apabila anda memakan banyak sayuran dan buahan sajian harian anda ( saranan adalah mengambil5-7 sajian sehari) risiko anda untuk  kanser  paru-paru, usus besar, pundikencing, oral kaviti dan perut akan menurun. Buahan dan sayuran yang tinggi serat disamping ada kandungan yang secara natural bolehmencegah  kanser  . Antara buahan yang terbukti boleh mencegah   kanser  seperti acai beri, epal, asparagus, brokoli,lobak dan strawberri. 

2-KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK DALAM MAKANAN HARIAN.

Elakan makanan yang tinggi lemak samada lemak haiwan atau pun tumbuhan. Terdapat kaitan dengan pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan   kanser   payudara,prostate, rahim,ovari, pankreas, perut dan juga usus besar.Lebih penting elakan dari mengambil lemak buatan – TRANS FATTY ACID. 

3-KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING.

Terdapat kajian kaitan antara pengambilan daging merah berlebihan dengan   kanser   seperti   kanser   payu dara,rahim, usus besar, rektum,pankreas dan juga   kanser   buah pinggang. Daging barbeque, disalai,diperam lagi meningkatkan risiko untuk   kanser   jika dimakan berlebihan dan kerap.

4-JANGAN MEMASAK MAKANAN & SAYURAN SAMPAI LUNYAI

Vitamin dan mineralnya akan hilang dan tinggal serat sahaja.

5-BELILAH MAKANAN ORGANIK KALAU MAMPU.

Kalau nak bagus lagi tanam je sayuran sendiri di halaman rumah tu, disamping menjimatkan perbelanjaan anda boleh juga mencantikkan halaman rumah.

6-ELAKKAN MEMINUM AIR YANG TAK BERTAPIS.

Kalau ada duit lebih belilah penapis air, ada banyak dijual dipasaran sekarang dari yang bermagnet lah beraura lah. Tetapi yang paling mustahak air yang ditapis bebas KLORIN yang boleh menyebabkan   kanser   , logam logam berat, tinggalan racun dalam air dan juga bakteria2 degil. Kalau tak mampu pastikan air yang diminum itu dimasak sebelum diminum.

7-AMBIL MAKANAN TAMBAHAN (SUPLEMEN) YANG MAMPU MENINGKATKAN SISTEM IMUN.

Pada masa sekarang pengambilan makanan tambahan sebenarnya bukan pilihan tetapi adalah kemestian.Ini adalah kerana nutrient-nutrient didalam makanan , sayuran dan buahan adalah tidak mencukupi mungkin disebabkan oleh pertanian yang intensif dan berskala besar , ye la semua nak cepat contoh dulu tanam padi setahun sekali sekarang setahun sampai 3 kali yang pasti tanah tak cukup masa untuk memulihkan untuk mengembalikan zatnya untuk digunakan semula.Antara makanan tambahan yang direkomendkan untuk sistem imun adalah seperti TRANSFER FACTOR yang terbukti dengan kajian sains. Makanan tambahan yang tinggi nilai antioksida seperti JUS MONAVIE yang terdiri dari SUPERFOOD ACAI BERI dan 18 buahan terpilih yang lain.Manakala makanan tambahan yang bolehmembersihkan usus secara semulajadi seperti ALOEVERA.( 90% peratus penyakit adalahberpunca dari usus). Paling malas nak ambilsuplemen kurang-kurang pun makanlah vitamin C.

8-JIWA KENA TENANG DAN BERSIH serta ELAKKAN DAN TANGANI STRESS DENGAN BIJAK.

9-PEKA DENGAN PERUBAHAN PADA TUBUH BADAN.

Kenali tanda-tanda awal   kanser   dan bertindak segera dengan berjumpa yang pakar. 

10-MINIMUMKAN PENGAMBILAN UBATAN.

Kebanyakan ubatan adalah dari bahan-bahan kimia walaupun kajian telah dilakukan dan terbukti selamat dan ada juga pada mulanya selamat kemudian ditarik balik kerana kesan sampingan berbahaya sudah semestinya jika berambilan pada masa panjang akan mendatangkan kesan-kesan sampingan pada tubuh badan. Kalau tak perlu, tak payah lah makan ubat biarlah tubuh badan kita menyembuhkan dengan caranya atau ambilah sesuatu yang semulajadi untuk membantu tubuh badan melawan penyakit, biar lambat asal selamat.

11-ELAKKAN KAWASAN ATAU BANGUNAN YANG LITAR PENGUDARAN UDARA TERTUTUP.

12-ELAKKAN PENGGUNAAN KAPAL TERBANG.

Pengudaraan biasanya menggunakan pengudaraan yang dikitar semula, ini mendedahkan kita kepada serangan virus yang mungkin berbahaya.
Disamping itu juga pendedahan yang tinggi terhadap UV radiation pada altitude yang tinggi mungkin boleh menyebabkan  kanser  .

13-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA HANDPHONE.

Kalau nak bergayut janganlah guna handphone kang silap haribulan masak otak tu dan telinga ber  kanser    pulak. Setiap alatan perhubungan sebenarnya mengeluarkan radiofrequensi yang tidak diketahui kesannya pada tubuh manusia, kemungkinan penyebab   kanser   .

14-MASAK JANGAN GUNAKAN MICROWAVE.

15-JAUHKAN SINAR X (XRAY) SEBAIK MUNGKIN.

Setiap kali x ray diambil berjuta-juta sel mati, sebab tu doktor tak bagi amik x ray kerap sangat .Kemungkinan sinar X ini juga menyebabkan   kanser   . Kalau kenekat testis kemungkinan boleh MANDUL.

16-KAWAL BERAT BADAN ANDA.

Banyak kajian saintifik mengaitkan kegemukan dengan   kanser   . Jangan makan mengikut hawa nafsu.

17-KATAKAN TIDAK PADA ROKOK.

Walaupun bukan semua perokok itu mesti terkena   kanser   , tetapi didapati terdapat kaitan rapat rokok dengan   kanser   yang terdiri dari kawasan ia mula masuk,meresap dan juga bila ia keluar semua kawasan yang terlibat boleh menjadi   kanser   . Yang malangnya juga, perokok juga menyebabkan orang lain terdedah kepada   kanser   dengan berganda akibat asap rokok yang dikeluarkan. Maka katakan TIDAK pada rokok kerana rokok hanya pelaburan kepada penyakit dan kemerosotan kewangan di masa tua..hehe kalau sempat tua la.. 

18-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA SINAR MATAHARI TERIK.

Sinar cahaya matahari dipagi hari adalah bagus untuk kesihatan kerana dapat membantu menghasilkan vitamin D pada kulit. Tetapi pendedahan kepada sinar matahari terik sehingga “sunburn’ itu memudaratkan boleh dapat  kanser  kulit.

19-BERHATI-HATI DENGAN PENDEDAHAN ALAT ELETRIK.

Jarakan diri anda dengan alat eletrik seperti TV. Kerana kebanyakkan alat eletrik menghasilkan gelombang radiasi dan frequensi walaupun kecil tapi sekiranya pendedahan yang kronik mungkin memudaratkan.

20-KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BANYAK PERISA DAN PENGAWET. 

Jangan amalkan mengambil makanan ringan kerana ia mempunyai bahan itu, dan lebih bagus jangan ajar anak-anak kita mengambilnya. Amalkan makanan yang fresh.

21-KATAKAN TIDAK PADA ARAK DAN ALKOHOL

Alkohol menyebabkan seribu satu masalah kepada kesihatan badan kita. Alkohol boleh menyebakan   kanser   mulut, tekak. salur esofagus,perut, pankreas dan juga hati.
Nota diatas cuma saranan sahaja, bukan semestinya anda mengikut langkah langkah itu anda terselamat dari   kanser   tetapi sekurangnya anda telah meminimumkan penyebab-penyebab   kanser .

Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Saturday, October 6, 2012

Makan Yogurt Mampu Atasi Tekanan (Stres) dan Khasiat Lain Yogurt





BERDASARKAN laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.
Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.
EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.-Sumber KOSMO-
Pada kebiasaan yang kita dengar, makan coklat juga mampu untuk mengatasi masalah stres. Namun mungkin boleh menjadikan anda lebih cepat gemuk jika makan secara berlebihan.
Mungkin lepas ini boleh cuba untuk beralih kepada Yogurt.

Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan

1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Bagus Untuk Wanita Lepas Bersalin Kerana Ia Makanan Berserat Tinggi
3. Membantu Dalam Proses Pencernaan
4. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
5. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
6. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
7. Mampu Mengurangkan Berat Badan
Fakta : Kandungan kolestrol yang tinggi tidak semestinya hanya kepada individu yang mengalami masalah lebihan berat badan (Obesiti) tetapi orang kurus juga boleh mengalami masalah yang sama.

 Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/09/makan-yogurt-mampu-atasi-tekanan-stres-dan-khasiat-lain-yogurt/






Friday, September 7, 2012

8 Pembunuh Ereksi Lelaki






1. Tekanan Perasaan
Minda selalu menjadi zon erogenous yang dilepas pandang. Keseronokan seksual bermula dari minda barulah ke bawah. Tekanan perasaan boleh menekan keinginan anda dan boleh membawa kepada disfungsi erektil. Secara ironiknya, banyak juga ubat-ubat digunakan untuk merawat tekanan perasaan mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan keinginan seks anda berkurangan dan sukar untuk mendapat ereksi.
2. Minuman Alkohol
Minuman alkohol secara berterusan mampu mengganggu proses ereksi anda walaupun kesannya hanya sementara.
3. Ubat-ubatan
Beberapa ubat yang biasa digunakan boleh menyebabkan disfungsi erektil. Antaranya adalah ubat darah tinggi, ubat tahan sakit, dan juga anti-depresan. Ubat jalanan seperti amphetamins, kokain dan marijuana juga memberikan masalah seksual.
4. Stres
Ia bukanlah mudah untuk mencapai mood seksual sekiranya anda dibebankan dengan pelbagai kerja dan masalah. Stres boleh melibatkan pelbagai sistem badan termasuklah penis anda. Lakukan perubahan dalam hidup anda dengan sentiasa bersenam, mengamalkan teknik relaksasi, cukup tidur dan berjumpa dengan pakar jika perlu.
5. Marah
Kemarahan menyebabkan aliran darah berkumpul di muka anda tetapi tidak ditempat yang anda perlukan untuk seks. Tambahan, bukannya mudah untuk romantik dalam keadaan anda marah. Walaupun anda memendam kemarahan anda ia juga tidak membantu di dalam aktiviti seksual rumah tangga seharian.
6. Gelisah, bimbang dan risau.
Bimbang tidak dapat melakukan aksi terbaik ketika di ranjang sahaja sudah cukup membunuh ereksi anda. Perasaan risau itu hanya membuatkan anda merasa takut dan mula mengelakkan hubungan intim dengan pasangan. Ia tidak hanya melibatkan aktiviti seksual tetapi ia juga boleh mengganggu perhubungan dengan pasangan anda.
7. Obesiti
Obes juga boleh memberi impak terhadap prestasi seksual anda. Bukan sahaja mengurangkan keyakinan diri, ia juga kurang menghasilkan hormon testosteron, hormon seks anda. Obesiti juga boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang lain di mana, arteri yang disalurkan ke penis anda mengeras menyebabkan kurangnya aliran darah ke penis untuk mencapai ereksi.

8. Penyakit
Banyak keadaan penyakit yang memberi kesan kepada otot penis, saraf, aliran darah yang diperlukan untuk mencapai ereksi.
Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Ereksi
Mungkin anda segan untuk berjumpa dengan doktor menceritakan perihal kehidupan seksual anda. Tetapi ia adalah cara terbaik untuk merawat masalah tersebut untuk mencapai keintiman dengan pasangan anda. Doktor anda boleh mengenalpasti apakah punca-punca masalah ereksi dan memberikan solusi kepada anda seperti berhenti merokok, minum alkohol dan juga mengurangkan berat badan. Rawatan lain juga dapat diberikan seperti -ubat-ubatan, rawatan hormon dan juga kaunseling.

 Sumber petikan daripada : http://psipum.org/8-pembunuh-ereksi-lelaki/

Saturday, August 18, 2012

Menu Sihat - Khasiat Buah Nanas





Nanas atau nama saintifiknya Ananas Comosus, ia adalah sejenis tumbuhan tropikal. Ianya adalah tumbuhan asli yang berasal daripada Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Nanas merupakan tumbuhan kumpulan bromeliad ( Famili Bromeliaceae). Tumbuhan ini juga boleh dikatakan rendah  herba ( herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.
Buahnya ini dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Bagi orang yang berasal dari Tupi pula, buah ini dipanggil anana, yang bermaksud “buah yang baik”
Buah nanas ini mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan juga Bromelain. Ianya juga mengandungi asid sitrik ynag berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.


 Buah nanas ini boleh dimakan mentah atau pn dibuat jus minuman untuk memcuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hari dan juga demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Tapi bagaimanapun buah nanas ini tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Buah nanas ini juga dipercayai mampu merawat penyakit kanser. Bua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan kanser. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak kanser. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A,B, dan  C yang tinggi.
Pokok dan juga buah nanas ini boleh dijadikan sumber komersial asid organic seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperolehi daripada daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Manakala jus nanas ini pula bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalh kekeringan di bahagia bibir dan di bahagian muka. Jika amalkan minum jus nanas, ianya berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Sellain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Antara Manfaat nanas adalah :

   1.    Membantu  menurunkan  berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

   2.    Menyihatkan mata.
Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

   3.    Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit.
Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

   4.    Memelihara masalah buang air besar.
Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

   5.    Mengandungi enzim.
Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com