Wednesday, March 14, 2012

Kesan Rokok Terhadap Kesihatan Wanita


penyakit akibat merokok
Petikan daripada Utusan Malaysia:
SEMUA setuju jika dikatakan golongan wanita pada zaman ini lebih maju, berpelajaran dan berjaya. Peningkatan taraf hidup serta kejayaan ini membolehkan mereka mempunyai kuasa maksimum untuk berbelanja dan membuat pilihan membeli apa yang diingini melalui pendapatan yang diperoleh.
Namun, di sebalik semua kecemerlangan dikecapi wanita itu, dek kemodenan dan peredaran zaman, sama ada kita sedar atau tidak, jumlah pembabitan kaum hawa dalam aktiviti sosial terutamanya merokok juga semakin meningkat naik.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan, peratusan jumlah wanita yang merokok meningkat di negara membangun termasuk Malaysia, sementara angka perokok lelaki mula menunjukkan penurunan.
Rokok. Kalimah yang sudah tidak asing lagi bagi seluruh penduduk dunia. Usah dibahaskan lagi tentang bahayanya dari sudut kesihatan, semua sudah TAHU. Sehinggakan apabila bertanya kepada pesakit tentang penyakitnya, sudah menjadi soalan WAJIB bagi pengamal perubatan untuk bertanyakan adakah pesakit menghisap rokok atau tidak. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa rokok memang sangat “popular”.
Namun, keratan daripada Utusan Malaysia di atas membuktikan ke”popular”an rokok semakin meningkat. Dan, kali ini, sudah sampai ke peringkat, ia sudah “popular” di kalangan kaum yang dikenali dengan kelembutan dan kesopanannya, kaum Hawa.
Justeru, apa lagi yang nak dikecohkan? Bukankah harga rokok sudah dinaikkan? Bukankah kempen-kempen TAKNAK rokok sudah ditingkatkan? Mahu apa lagi?
Rokok membahayakan kesihatan. Semua akan setuju dengan statement ini. Cuma, apa yang perlu difikirkan ialah kenapa. Kenapa walaupun statement ini dipersetujui oleh semua, namun, rokok masih dijual dan dihisap oleh RAMAI orang?
Ada yang mendakwa bahawa rokok merupakan salah satu agenda Yahudi untuk menghancurkan ummat Islam. Hal ini kemungkinan ada benarnya. Namun, entri kali ini tidak mahu menyentuh soal ini, bolehlah merujuk kepada mereka yang lebih arif, yang telah mengkaji soal ini.
Pendapat peribadi, sekarang bukan lagi soal untuk laksanakan kempen anti rokok. Sekarang bukan lagi soal untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya rokok. Namun, sekarang adalah fasa untuk meng”haram”kan rokok.
Mungkin ada yang berpendapat, adalah tidak relevan untuk rokok diharamkan. Kerana apa? Kerana rokok adalah sumber pendapatan bagi negara dan peniaga. Jika perniagaan rokok diharamkan, kita akan RUGI. Mungkin ini antara pandangan yang akan diberi. Namun, sedarkah kita, berapa banyak duit kerajaan dihabiskan untuk membuat kempen anti rokok? Berapa banyak wang rakyat dihabiskan untuk kos perubatan akibat menghisap rokok? Berapa banyak kos perubatan yang telah dihabiskan akibat penyakit yang didapati daripada menghidu asap rokok?
Jika difikirkan dengan teliti, andai kata dikatakan RUGI mengharamkan rokok, sebenarnya LEBIH RUGI jika rokok tidak diharamkan dan masih diteruskan penjualannya. Anda MUNGKIN akan rugi sedikit pada masa sekarang jika rokok diharamkan, tetapi anda akan lebih rugi pada masa akan datang jika ia masih tidak diharamkan. Percayalah…
“Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Belas-kasih kepadamu.” (an-Nisa’: 29)
“Jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan.” (al-Baqarah: 195)
Berubahlah sebelum terlambat. Ummat dunia kelam kabut apabila Islam ditolak dan tidak diamalkan. Jika kita tidak mahu berubah, jangan terkejut, suatu hari nanti, wad hospital juga akan dipenuhi oleh wanita akibat menghisap rokok. Kes-kes keguguran dan anak tidak normal akan bertambah. Dan bermacam2 lagi. Malah, hari ini, mungkin ia “popular” di kalangan perempuan, esok atau lusa, ia mungkin akan popular di kalangan kanak-kanak. Dan, hal ini telah berlaku di Indonesia.


Monday, March 12, 2012

7 Punca Utama Hati Rosak






  1. Tidur terlalu lewat dan bangun terlalu lewat.
  2. Tidak kencing pada awal pagi.
  3. Makan terlalu banyak.
  4. Ponteng sarapan.
  5. Asyik-asyik makan ubat…makan ubat terlalu banyak.
  6. Makan berlebihan makanan yang mengandungi preservative, pewarna, gula tiruan dan lain-lain.
  7. Kurangkan makanan yang digoreng dengan minyak. Jangan makan makanan yang digoreng jika anda keletihan.
  8. Makanan makanan mentah keterlaluan juga tidak baik untuk hati. Sayur yang dimasak elok dimakan habis sekali makan jangan simpan lebihan, panaskan semula dan makan lagi.

Sumber petikan daripada : http://www.gilerkentang.com/7-punca-utama-hati-rosak/

Ikut selera tekak punca kanser

Hati organ penting








Salah satu punca mengapa fungsi hati terganggu ialah sering makan makanan terproses dan pada masa sama kurang atau langsung tidak makan sayur-sayuran. Sayur-sayuran bantu lancarkan fungsi hati termasuk bantu hati menjalankan detoks dengan sempurna.


Punca lain adalah sering mengalami gangguan emosi secara berpanjangan termasuk murung, risau dan sedih. Untuk pengetahuan anda, karakter terlalu agresif, mudah meradang atau sifat kurang sabar boleh mengganggu fungsi hati. Fungsi hati semakin terganggu jika seseorang masih mengalami gangguan emosi seperti disebutkan di atas dan mengamalkan karakter-karakter tersebut secara berterusan.


Sindrom premenstuasi yang teruk termasuk gejala seperti haid tidak lancar ialah tanda fungsi hati terganggu. Perubatan moden tidak mengetahui kaitan antara hati dan fungsi sistem reproduktif. Namun ia telah diketahui dan diamalkan oleh sistem perubatan tradisional China (SPTC) sejak beribu tahun dahulu.


Menurut SPTC, meridian (saliran chi) hati berpunca dari hati. Ia turun ke bawah dan meliputi organ reproduktif termasuk kemaluan. Meridian ini seterusnya turun dari kawasan kemaluan dari bahagian sebelah dalam pangkal peha menghala ke arah bawah.


Antara herba yang boleh meredakan kesesakan meridian hati dan seterusnya PMS ialah Dong Quai (Tang Kwei) jintan manis dan halba dan herba pahit. Pucuk betik dan ulam raja ialah antara ulam yang sesuai. Semua orang tahu sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas.


Paras radikal bebas yang tinggi dan tidak terkawal dikatakan punca kepada mutasi sel. Sel yang bermutasi secara tidak terkawal akhirnya membentuk sel  kanser . Makanan terproses mengandungi paras nutrien yang amat rendah. Tambahan pula kebanyakan makanan terproses membekal bahan karsinogen seperti perisa dan warna tiruan. Paras gula tinggi pula mengganggu fungsi sistem kekebalan terutama sel pembunuh T (T killer cell).
Ekspresi gen


Makanan gorengan dikatakan boleh menyebabkan kerosakan membran dan komponen sel termasuk DNA. Karbohidrat, protein dan lemak yang dipanaskan terutama pada suhu tinggi seperti dipanggang hingga hangus atau digoreng secara terendam lama membentuk bahan karsinogenik.


Kegilaan kanak-kanak dan remaja makan kentang goreng sebenarnya juga menempah maut. Mengapa? Kentang goreng biasanya disalut dengan lemak terhirogenasi. Lemak terhidrogenasi termasuk marjerin sayur-sayuran dipercayai tidak sesuai untuk tubuh.




Epigenetik

Kekerapan mengambil minyak sayuran cair kategori omega 6 seperti minyak bunga matahari, safflower, jagung atau kacang soya dan lemak terhidogenasi yang diperbuat darinya dipercayai akan melemahkan struktur membran sel. Kandungan lemak trans (walau pun pada kuantiti amat rendah) dalam lelemak terhidrogenasi dipercayai melemahkan lagi struktur membran sel. Stuktur membran sel yang tidak teratur dipercayai antara lain mengganggu komunikasi antara sel dan mengubah ekspresi gen.


Ekspresi gen yang berubah menyebabkan gangguan kepada pelbagai fungsi organ sistem. Perubahan ekspresi gen yang berlaku akibat perubahan persekitaran biokimia membran sel tanpa mengubah susunan DNA ini dikenali sebagai epigenetik. Jadi, mengurangkan dan seterusnya mengelakkan makanan yang dipercayai menjadi punca pembentukan  kanser ialah suatu usaha permulaan yang baik.


Makanan terproses dan kurang makan makanan kaya antioksidan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dikatakan menyebabkan tubuh kita mudah ‘berasid’. Tanda-tanda tubuh berasid banyak termasuk sering demam, batuk, sakit kepala, artritis, sakit gusi, sakit gigi dan serangan jantung. Makanan yang atau bersifat panas seperti daging, ayam dan makanan gorengan secara terendam lama menjadi hidangan utama hari ini. Pelopor teori keasidan-kealkalian tubuh mengklasifikasikan makanan tersebut sebagai makanan berasid.




Sumber petikan daripada : http://www.sinarharian.com.my/rencana/ikut-selera-tekak-punca-kanser-1.14961

Sunday, March 11, 2012

Khasiat Cendawan Maitake


Cendawan Maitake




Mempunyai kandungan polisakarida bermanfaat yang tinggi iaitu beta-glukan dan polisakarida lain termasuk fosfolipid, nucleotides dan asid lemak tak tepu. Ia boleh menambah fungsi system imun dan menghalang pertumbuhan tumor. Pecahan D, bahagian polisakarida yang mengandungi aktiviti antitumor yang kuat boleh diekstrak daripada cendawan maitake. Pecahan D sahaja boleh menghalang pertumbuhan tumor dengan lebih berkesan berbanding dengan MMC diantara 45 peratus kepada 80 peratus. Dengan gabungan cendawan Maitake dan MMC, tumor dapat dihalang lebih daripada 80 peratus. Cendawan ini juga berguna untuk rawatan dan pencegahan kanser, AIDS, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kolesterol tinggi.   

Tuesday, March 6, 2012

15 Fakta Tentang Senyum Dari Sudut Kesihatan




1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawanpenyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
15.   Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.

Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Friday, March 2, 2012

Diet permakanan bagi pengidap kanser



PANTANG LARANG BAGI PESAKIT KANSER.
Huraian:
PESAKIT KANSER TIDAK BOLEH MAKAN:
1)        Jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat ditukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5 - merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2)        Jangan ambil gula - Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian.

3)        Jangan makan produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain.  Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel  
 kanser  memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4)        Jangan makan seafood -  seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel  
 kanser  )

5)        Jangan Minuman - Kopi, teh, minuman bercoklat (sel  
 kanser  akan lebih cepat merebak).

6)        Jangan makan daging merah. WAJIB di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7)        Jangan makan Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8)        Jangan makan Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik.  (Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain - Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam dipercayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti  
 kanser    ).

9)        Jangan makan makanan segera & sebarang produk dalam tin - seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10)     Jangan makan makanan berjeruk, ikan masin, telur masin, budu, belacan dan seumpamanya.

11)     Perlu dielakkan makanan yang dipanggang & dibakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus dielakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12)     Jangan makan sayur-sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih, cendawan dan lain-lain (sebarang sayur yang berwarna putih).

AMALKAN MEMAKAN:
    1.           Daun Betik (Boleh direbus dan minum airnya)
2.           Buah Betik
3.           Brokoli
4.           Nanas
5.           Durian Belanda
6.           Mangga
7.           Habbatus Sauda
8.           Asparagus (Boleh juga dibuat jus)
9.           Air Zam-Zam
10.     Taugeh
11.     Lobak Merah
12.     Sengkuang Cina
13.     Bawang Putih dan Merah (Jangan makan jika telah bercambah)
14.     Bayam
15.     Salad
16.     Kacang Bendi
17.     Daun Parsley
18.     Lemon Hijau dan Kuning
1.      

Taraf rawatan Vitamin B17



Protokol Rawatan Alternatif B17 ini adalah sangat berkesan untuk menyingkirkan sel-sel kanser dan ke tahap yang tertentu juga membantu membina sistem imun . Walau bagaimanapun, protokol ini perlu sokongan dari bahan-bahan lain yang mengandungi super nutrien yang bantu menterbalikkan kerosakan kepada sel-sel bukan   kanser  disebabkan oleh   kanser    (contohnya laktik asid), kemoterapi, radiasi, dll .

Antara nutrisi yang dapat membantu adalah Enzyme Bromelain, Trypsin, Chemotrypsin, Pangamic Acid (B15), Pancreatic Enzyme, Sumber-sumber Vitamin A, C, D, K, Kalsium, Natrium, dan sumber pemakanan yang sihat.

Penggunaan suntikan laetrile/amygdalin juga adalah pilihan terbaik kerana p
rotokol berikut ini yang digunakan oleh beberapa hospital di Tijuana Mexico. Para pengamal perubatan di sana mendakwa hampir 90% pesakit sembuh sepenuhnya dan hampir 100% tingkat kesembuhan dan kejayaan berlaku kepada mereka yang tidak mengalami kerosakan organ yang teruk akibat dari kimoterapi dan radiasi. Boleh layari web 
http://www.oasisofhope.com/ berkenaan info Vitamin B17 rawatan terbaik untuk sembuhkan  
 kanser  .

Rokok punca kanser






Merokok menyebabkan beberapa penyakit dan dikaitkan dengan risiko kanser payudara yang lebih tinggi dalam wanita, dan masalah menopaus yang muda (premenopausal). Penyelidikan juga telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara pendedahan asap kepada bukan perokok yang sangat berat dan risiko   kanser  payudara dalam wanita putus haid.
Merokok juga boleh meningkatkan komplikasi daripada rawatan   kanser  payudara, termasuk:
  • kerosakan pada paru-paru daripada terapi radiasi
  • kesukaran penyembuhan selepas pembedahan dan pembinaan semula payudara
  • risiko yang lebih tinggi darah beku apabila mengambil ubat-ubatan terapi hormon

Langkah-langkah yang anda boleh mengambil

Jika anda tidak merokok, tidak bermakna tiada risiko kerana di persekitaran memang ramai yang merokok. Malang, kan?

Jika anda merokok, gunakanlah segala sumber yang anda ada untuk membantu anda berhenti merokok. Mengetahui tentang semua masalah yang berkaitan dengan merokok tidak cukup kuat untuk membuat anda berhenti. Merokok adalah satu tabiat yang sangat sukar untuk memecahkan. Mujurlah, jika anda serius untuk mencuba, anda mempunyai banyak sumber di Malaysia untuk membantu:

  • Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan program berhenti merokok percuma dalam talian.  Anda juga boleh hubungi INFOLINE  Berhenti Merokok pada             +603-8883 4400      , untuk mendapatkan sokongan dan nasihat percuma mengenai bagaimana untuk berhenti merokok daripada kaunselor terlatih.
  • Ubat-ubatan untuk membantu anda berhenti boleh diambil sebagai pil, dikunyah seperti gula-gula getah, atau yang dipakai sebagai tampalan pada kulit. Tanya doktor anda jika salah satu mungkin sesuai untuk anda.
  • Akupunktur dan meditasi boleh membantu meringankan ketagihan rokok.
  • Ia juga mudah jika anda mempunyai rakan yang juga berhenti atau yang boleh menceriakan anda apabila anda berasa anda tidak boleh membuat anda sendiri.