Friday, March 2, 2012

Atasi Emosi Kanser Hati



Pengurusan Emosi Kanser Hati


Pengurusan emosi bagi pesakit kanser hati bukanlah satu perkara yang mudah. Terutamanya bagi mereka yang akrab/rapat dengan si pesakit. Kita haruslah memberikan perhatian yang khusus dan pandai untuk mengambil hati pengidap  kanser  hati ini. Mereka amat memerlukan sokongan dan dorongan dari semua pihak terutamanya dari mereka yang disayangi.

Memberi perhatian dan bersikap tenang

Membentuk satu hubungan yang baik dan perasaan menghormati dengan setiap jururawat dan doktor   kanser  hati ialah satu kunci dimana kita boleh mengetahui sejauh mana keadaan   kanser  tersebut. Apabila anda mendengar berita buruk tentang pasangan ataupun ahli keluarga mengenai   kanser  hati jangan terlalu emosional, menagis ataupun merengek. Ini akan membuatkan doktor berasa takut untuk memberitahu hal yang sebenarnya tentang keadaan pesakit. Anda perlu tenang dan mendengar dengan cermat apa yang dikatakan doktor. Adalah lebih baik jika anda mempunyai soalan untuk diajukan kepada doktor dengan hal hal yang berkait. Mereka akan melihat anda sebagai seorang yang cekal. Jika anda berasa seperti ingin menagis, tahan perasaan tersebut dan lepaskan sesudahnya. Jangan biarkan mereka melihat anda bersedih dan menagis.


Perubahan Emosi

Terkejut, takut, marah, dan tidak percaya semua emosi yang anda akan mengalami saat orang yang anda sayangi menjalani   kanser  Hati, dimana pada hari ini mungkin ia melibatkan pemindahan hati. Kadang-kadang, ketika anda merasa kecewa dengan situasi anda, sila ingat bahawa ini adalah perasaan semulajadi. Jadi, angaplah ia sebagai cabaran dan jangan 
menyalahkan diri sendiri. Sebaliknya, anda perlu untuk mencari sokongan dan bantuan supaya anda dapat mengatasi emosi dan perasaan anda.

Sesetengah orang akan berasa selesa untuk berbincang dengan ahli keluarga sendiri ataupun teman rapat. Namun ada sesetegah orang lebih senang untuk berbicara dengan mereka yang bukan teman rapat ataupun orang asing. Apa yang penting supaya dapat mengatasi perasaan dan emosi anda.



Kita harus membuat mereka yang mengidap   kanser  hati supaya gembira dan bahagia, jangan sama sekali memaksa atau mempersendakan pengidap   kanser  hati kerana beliau berhak untuk berasa gembira dan bahagia, jika boleh kita jangan sesekali membuat perasaannya terluka. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memberikan pesakit   kanser  hati ini kekuatan untuk menempuhi penderitaan   kanser  hati yang dialami.

No comments:

Post a Comment