Monday, March 12, 2012

Ikut selera tekak punca kanser

Hati organ penting








Salah satu punca mengapa fungsi hati terganggu ialah sering makan makanan terproses dan pada masa sama kurang atau langsung tidak makan sayur-sayuran. Sayur-sayuran bantu lancarkan fungsi hati termasuk bantu hati menjalankan detoks dengan sempurna.


Punca lain adalah sering mengalami gangguan emosi secara berpanjangan termasuk murung, risau dan sedih. Untuk pengetahuan anda, karakter terlalu agresif, mudah meradang atau sifat kurang sabar boleh mengganggu fungsi hati. Fungsi hati semakin terganggu jika seseorang masih mengalami gangguan emosi seperti disebutkan di atas dan mengamalkan karakter-karakter tersebut secara berterusan.


Sindrom premenstuasi yang teruk termasuk gejala seperti haid tidak lancar ialah tanda fungsi hati terganggu. Perubatan moden tidak mengetahui kaitan antara hati dan fungsi sistem reproduktif. Namun ia telah diketahui dan diamalkan oleh sistem perubatan tradisional China (SPTC) sejak beribu tahun dahulu.


Menurut SPTC, meridian (saliran chi) hati berpunca dari hati. Ia turun ke bawah dan meliputi organ reproduktif termasuk kemaluan. Meridian ini seterusnya turun dari kawasan kemaluan dari bahagian sebelah dalam pangkal peha menghala ke arah bawah.


Antara herba yang boleh meredakan kesesakan meridian hati dan seterusnya PMS ialah Dong Quai (Tang Kwei) jintan manis dan halba dan herba pahit. Pucuk betik dan ulam raja ialah antara ulam yang sesuai. Semua orang tahu sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas.


Paras radikal bebas yang tinggi dan tidak terkawal dikatakan punca kepada mutasi sel. Sel yang bermutasi secara tidak terkawal akhirnya membentuk sel  kanser . Makanan terproses mengandungi paras nutrien yang amat rendah. Tambahan pula kebanyakan makanan terproses membekal bahan karsinogen seperti perisa dan warna tiruan. Paras gula tinggi pula mengganggu fungsi sistem kekebalan terutama sel pembunuh T (T killer cell).
Ekspresi gen


Makanan gorengan dikatakan boleh menyebabkan kerosakan membran dan komponen sel termasuk DNA. Karbohidrat, protein dan lemak yang dipanaskan terutama pada suhu tinggi seperti dipanggang hingga hangus atau digoreng secara terendam lama membentuk bahan karsinogenik.


Kegilaan kanak-kanak dan remaja makan kentang goreng sebenarnya juga menempah maut. Mengapa? Kentang goreng biasanya disalut dengan lemak terhirogenasi. Lemak terhidrogenasi termasuk marjerin sayur-sayuran dipercayai tidak sesuai untuk tubuh.




Epigenetik

Kekerapan mengambil minyak sayuran cair kategori omega 6 seperti minyak bunga matahari, safflower, jagung atau kacang soya dan lemak terhidogenasi yang diperbuat darinya dipercayai akan melemahkan struktur membran sel. Kandungan lemak trans (walau pun pada kuantiti amat rendah) dalam lelemak terhidrogenasi dipercayai melemahkan lagi struktur membran sel. Stuktur membran sel yang tidak teratur dipercayai antara lain mengganggu komunikasi antara sel dan mengubah ekspresi gen.


Ekspresi gen yang berubah menyebabkan gangguan kepada pelbagai fungsi organ sistem. Perubahan ekspresi gen yang berlaku akibat perubahan persekitaran biokimia membran sel tanpa mengubah susunan DNA ini dikenali sebagai epigenetik. Jadi, mengurangkan dan seterusnya mengelakkan makanan yang dipercayai menjadi punca pembentukan  kanser ialah suatu usaha permulaan yang baik.


Makanan terproses dan kurang makan makanan kaya antioksidan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dikatakan menyebabkan tubuh kita mudah ‘berasid’. Tanda-tanda tubuh berasid banyak termasuk sering demam, batuk, sakit kepala, artritis, sakit gusi, sakit gigi dan serangan jantung. Makanan yang atau bersifat panas seperti daging, ayam dan makanan gorengan secara terendam lama menjadi hidangan utama hari ini. Pelopor teori keasidan-kealkalian tubuh mengklasifikasikan makanan tersebut sebagai makanan berasid.




Sumber petikan daripada : http://www.sinarharian.com.my/rencana/ikut-selera-tekak-punca-kanser-1.14961

No comments:

Post a Comment