Bagaimanakah kanser hati ini
terbentuk?
Hati merupakan organ utama dalam
tubuh manusia yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin, dadah dan racun
keluar dari tubuh. Ini dilakukan dengan memecahkan toksin tersebut kepada
sebatian berpigmen dan kemudiannya diangkut keluar melalui duktus ke dalam
usus. Apabila virus, dadah atau alkohol merosakkan hati, sebatian berpigmen ini
akan terkumpul, menyebabkan berlakunya jaundis, atau kekuningan bahagian mata
putih. Biasanya sel-sel hati inilah yang menjadi kanser.
Terdapat pelbagai bentuk atau pola histologi bagi hepatoma. Hepatoma boleh wujud dalam dua bentuk: Tumpuan (fokus) dan berbaur. Bentuk fokus atau tumpuan ini dapat dilihat sebagai jisim yang bulat atau berlobul, biasanya wujud dalam jumlah yang banyak. Bentuk berbaur atau tersebar pula lebih sukar untuk didiagnoskan.
Dari sampel spesimen yang telah dipotong didapati kebanyakan kes hepatoma ini telah merebak ke bahagian vena portal. Ini boleh melibatkan vena hepatik, vena kava, dan vena portal dan dipercayai merupakan punca utama metastasis.

No comments:
Post a Comment