Friday, January 20, 2012

Menu sihat - Makan serat tinggi

Diet kanser hati

















Diet Kanser Hati – Hal yang paling penting bagi mereka yang mengidap   Kanser  hati adalah dari segi diet pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu diambil dan wajib dielakkan. Jika mereka tidak menghiraukan dari segi permakanan penyakit ini boleh menjadi semakin serius bahkan boleh mengakibatkan kematian. Dibawah ini adalah senarai makanan dan minuman yang perlu diambil dan dielakkan.


Makanan dan Minuman yang perlu diambil
  • Susu dan yogurt
    • Anda harus mengambil susu dan yogurt kerana ia dapat mengurangkan perkembangan   Kanser  hati. Anda harus memastikan bawaha susu dan yogurt adalah bebas gula.
    • Makan 7-9 hidangan buah-buahan segar dan sayur-sayuran(organik dan bebas racun perosak)
    • Anda harus mengambil sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C dan vitamain B yang tinggi. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang organik dan tidak mengunakan racun perosak. Menurut penelitian kami mereka yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran kuning dan oren (labu,ubi jalar, ubi) dan sayur-sayuran seperti brokoli mempuyai peluang yang lebih rendah untuk mendapat   Kanser  hati daripada meraka yang tidak memakan sayur-sayuran ini secara teratur.
  • Teh
    • Teh hijau adalah salah satu minuman popular yang biasa digunakan sebagai minuman berkhasiat.
  • Makanan berserat tinggi
    • Salah satu cara untuk melawan penyakit   Kanser  hati, pesakit haruslah mengambil makanan yang berserat tinggi seperti oat dan kekacang.
    • Ada dua kategori makanan berserat tinggi yang memberikan kesan yang berbeza pada tubuh kita. Pertama adalah serat larut dan yang kedua serat tidak larut.
    • Serat larut seperti kacang kering, kacang peas, oat dan biji rami. Ia juga terdapat pada jeruk epal dan lobak merah. Serat larut ini membantu mengatur gula dalam darah kerana ia terikat dengan asid lemak dalam perut dan memanjangkan proses pencernaan, selain itu dia menurunkan LDL (Low Density Lipoprotien) atau dikenali sebagai “kolesterol buruk” dan membantu mengurangkan jumlah kolesterol secara keseluruhan.
    • Untuk serat tidak larut, kita boleh menemuinya dalam roti gandum,bunga kobis, kacang hijau, pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran berakar. Ini adalah baik untuk proses pencernaan dan membantu pengeluaran toksin dalam badan mengimbangi keasidan dalam badan.
    • Kami mengesyorkan pengambilan serat dalam jumlah 30-40gram sehari.

No comments:

Post a Comment