Thursday, January 19, 2012

Apakah Faktor -faktor dan punca kanser hati


Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser hati?

§  Pembawa penyakit Hepatitis B
-         Pembawa penyakit ini lebih berisiko tinggi mendapat kanser hati jika mereka mempunyai virus yang boleh merosakkan hati.
§  Ketagihan Alkohol
-          Elakan pengambilan alkohol yang berlebihan.Ia berkait rapat dengan masalah    kanser  hati.

Apakah punca dan faktor kanser hati?
Banyak faktor atau penyebab yang boleh menyebabkan   kanser  hati.Faktor ini kemungkinan membuatkan seseorang mengidap hapatocellular carcinoma (HCC)
Faktor –faktor adalah:

§  Jantina: Lelaki biasanya mempunyai risiko yang tinggi untuk mengidap   kanser  hati berbanding wanita.Hal ini terjadi kerana prilaku seperti merokok dan alkohol.
§  Etnik/bangsa:Pengidap tertinggi   kanser  hati adalah di United States,Asia Amerika dan kepulauan pasifik diikuti oleh Amerika india /Alaska,Latin.
§  Jenis penyakit hati:   kanser  hati biasanya terjadi oleh jangkitan virus hepatitis B (VHB) atau virus hepatitis C (VHC).Jangkitan ini akan menyebabkan sirosis dan ianya sering terjadi.Di Amerika Syarikat,Hepatitis C adalah penyebab utama penyakit   kanser  hati.Sedangkan di Negara-negara lain faktor terjadinya adalah berpunca dari hepatitis B.Virus ini tersebar melalui hubungan seks bebas,perkongsian jarum suntikan (penyalah gunaan dadah),penerima darah melalui penderma darah juga mempunyai risiko penyebaran virus ini.Pesakit yang mempunyai hepatitis A tidak mempunyai risiko untuk mempunyai   kanser    hati / carcinoma.Keturunan yang mempunyai   kanser  hati juga berisiko mendapat   kanser  hati.
§  Sirosis (Cirrhosis: Sirosis adalah penyakit diaman sel-sel hati yang rosak digantikan dengan tisu-tisu yang rosak.Penyakit ini juga akan menyebabkan   kanser  hati. Penyalah gunaan alkohol adalah punca utama di Amerika Syarikat bersama dengan Hepatitis B atau Hepatitis C.
§  Diabetis : Biasanya mereka yang mempunyai diabetes jugan berisiko   kanser  hati.
§  Obesiti: Berat badan yang berlebihan juga meningkaykan risiko mendapat   kanser  hati.
§  Aflatosin: Kekacang ,gandum,soya,kacang tanah dan padi yang dijangkiti oleh kulat boleh dikategorikan sebagai zat pembawa   kanser    .Semakin lama ia terdedah kepada aflatosin,lagi besar risiko   kanser  hati boleh terjadi.
§  Vinyl Klorida dan thorium dioksida (Throtrast) : Beberapa jenis   kanser  hati dipengaruhi oleh bahan kimia ini.
§  Anabolic Steroid : Atlet-atlet yang mengunakan ubatan jenis ini untuk meningkatkan kekuatan mereka mempunyai risiko jangka panjang untuk mendapat   kanser  hati.
§  Arsenik : Air perigi biasanya mengandungi arsenic.Hal ini juga meningkatkan risiko    kanser  hati.
§  Keturunan : Ahli keluarga yang mengidap penyakit ini berkemungkinan mendapat   kanser  hati.
§  Umur : Di Amerika Syarikat,   kanser  hati sering terjadi kepada mereka yang berumur 60 tahun keatas berbanding mereka yang muda.

No comments:

Post a Comment